Tuesday, November 13, 2012

Ilmu itu lebih baik drpd harta


Suatu godaan yang sangat sukar dihalang...
Suatu godaan yang boleh  membutakan mata hati manusia...
Suatu godaan yang bisa membinasakan akal waras manusia...
Suatu godaan yang mampu memiliki manusia dari yang miskin kepada yang berharta, dari yang berharta kepada yang kaya-raya...

Semakin memilikinya, semakin tidak mencukupi...
Semakin memilikinya, semakin tinggilah kemahuannya...

Ramai yang hidup di dunia...berhambakan HARTA...
ya...HARTA...

Namun, memiliki HARTA adalah sangat BAIK jika kita BIJAK.

Bagaimana? menerusi ILMU...
ya...ILMU... InsyaAllah...

Wednesday, December 7, 2011

Damai yg Hilang

Kembara sebuah kehidupan dunia adalah sangat singkat jika dibandingkan dengan akhirat kelak. Damai sebuah kehidupan adalah bermula dari hati. Ya, apakah yang dimaksudkan dari hati?... Hmm, hati yang bersih membuat jiwa seseorang itu tenang. Kawal lah hati dan jiwa daripada sebarang unsur yang boleh membawa kepada hilangnya kedamaian.

Ya...hati...hati...hati... memang sukar dikawal... Semakin kita menafikan, semakin kita gelisah... Ya...

Damai yg dicari?
Amal dan ibadah yang secukupnya, dari hati yang damai...

Di akhirat kelak, insyaAllah...Wallahualam...

Thursday, April 7, 2011

Fadhilat membaca "Ya Allah"

"Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menghafalnya, maka ia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai perkara yang ganjil."


(Maksud hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Tirmidzi)




Fadhilat membaca "Ya Allah":

Antaranya ialah

1. Sesiapa yang membaca "Ya Allah" sebanyak 5000 kali setiap malam, selama 1 bulan, dengan hati yang khusyuk dan tawadhuk, insya Allah apa yang dihajatkan akan tercapai.

2. Sesiapa yang membaca "Ya Allah" sebanyak 5000 kali, yakni dibacanya setiap hari, insya Allah datang kepadanya rezeki daripada pelbagai penjuru.

3. Sesiapa yang membaca "Ya Allah" sebanyak 66 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, yakni selama 66 hari, insya Allah namanya harum dan dia mendapat kebaikan yang banyak. Adalah lebih baik ianya diamalkan terus setiap hari dengan istiqamah.








Friday, February 4, 2011

Jangan Guna Perkataan "SALAM"

Ini adalah dipetik dari ceramah ataupun motivasi oleh Ustaz Zawawi sewaktu bersiaran di radio IKIM yang menceritakan tentang sunnah Rasulullah S.A.W yang juga menyentuh tentang cara memberi salam. Jadi dengan itu maka bab salam lah yang akan dipertengahkan kerana ramai hari ini menggunakan berbagai jenis singkatan hanya kerana mahu meringkaskan percakapan, ucapan, mesej dan berbagai lagi...jadi sama-samalah kita baca petikan di bawah ini...:





"maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah 'Salam (selamat tinggal)'. Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk)." - 43:89


Baginda S.A.W memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

Namun jika secara ringkas dalam memberi salam pula, Baginda S.A.W akan memberi salam dengan ucapan "Assalamualaikum" dan menjawab salam pula "Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh"

Semasa menjawab salam ramai yang telah silap dalam menyebutnya walaupun dari segi pendengarannya hampir sama :

Jawab salam yang sentiasa kita dengari ialah "WALAI KUM SALAM" namun ianya adalah tidak tepat, maka yang tepat ialah "WAALAI KUMUS SALAM"

Dan pula jika ingin mengirimkan salam kepada orang lain pula, ada juga caranya yang betul :

"Kirimkan salam 'Assalamualaikum' kepada Hassriq ye" - sebagai contoh yang betul, akan tetapi ramai yang tersilap menggunakan seperti ini "Kirimkan salam kepada Hassriq ye" dan tidak juga yang ketinggalan yang memandai tambah-menambah dalam mengirimkan salam "Kau kirimkan SALAM MAUT kepada dia ye". Walaupun dalam nada gurauan sekalipun, tapi ia tetap menyalahi syariat dan berdosa!

Tidak itu sahaja, jangan juga kita memandai-mandai menukarkan dan menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan perkataan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan juga.

Maka jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita menggantikannya dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud yang sama dengan "Assalamualaikum".

Jadi sama-samalah kita menyebarkan cebisan ilmu ini sesama kita dan sahabat masing-masing. Perkataan "Akum" adalah merupakan gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang yang bukan Yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ianya merupakan singkatan daripada perkataan "Avde Kokhaim U Mazzalot" yang bermaksud "HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT"

Bagi perkataan "BYE" adalah merupakan jarum sulit Kristian yang membawa maksud "DI BAWAH NAUNGAN POPE".

Bagi perkataan "A'KUM" adalah bermaksud "BINATANG" dalam bahasa Yahudi.

Bagi perkataan "SEMEKOM" yang membawa maksud "Celaka Kamu".

P/S: Semoga yang tertulis hasil petikan ini memberi sedikit ilmu buat anda semua, jika ingin dikongsikan dipersilakan dan selamat beramal. :)

Sunday, January 30, 2011

Contest "Aku Nak Jawab"

Contest "Aku Nak Jawab"


1. Terangkan secara ringkas cara bacaan bagi tanda titik tiga dalam Al-Quran.
Contoh dari surah Al-Baqarah:



Jawapan: Berhenti pada salah satu titik tiga tersebut…


2. Nyatakan satu sunnah Rasulullah S.A.W yang dilupakan ramai. Jawapan terdapat dalam satu post lama aku dan sertakan link post tersebut sebagai bukti.

Jawapan: Basuh hidung tiga kali selepas bangun tidur. Ini kerana, syaitan tidur di situ waktu kita tidur.


3. Senaraikan nama Khulafa Ar-Rasyidin beserta nama gelaran masing2 dan sebab gelaran tersebut diberi

Jawapan:

i) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq : digelar As-Siddiq’ (yang benar) kerana mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Israk Mikraj.
ii) Khalifah Umar bin al-Khattab: digelar Al-Faruk’ iaitu pemisah antara hak dan batil.
iii) Khalifah Uthman bin Affan : digelar Zun Nurain (yang mempunyai dua cahaya) kerana telah memperisterikan dua puteri baginda rasulullah saw.
iv) Khalifah Ali bin Abu Talib : digelar Karamallahuwajhah (Allah memuliakan wajahnya) kerana xpernah sembah berhala sejak kecil.


4. Berikan maksud nama aku dan maksud bagi 6 Asma Ul-Husna di bawah

Jawapan:
- Nama Tuan blog: Mahfuzah (Terpelihara)
Husna (Baik)
-AL-QADIRU Maha Kuasa
-AL-KARIM Maha Mulia
-AL-MUQTADIRU Maha Menentukan
-AL-BASIT Maha Pelapang Hidup
-AL-QAWIYYU Maha Memiliki Kekuatan
-AL-HADI Maha Memberi Petunjuk


5. Pengalaman anda melihat kebesaran Allah yang tak dapat dilupakan.
(Boleh sertakan sebarang gambar berkaitan kalau ada)

Jawapan: Tsunami…(tapi tengok d media masa ja la…)
Tsunami memang la kebesaran Allah… Ombak yang sangat dahsyat…
Kini, kita harus bermuhasabah diri, apakah kita mampu membayangkan bagaimanakah dahsyat lagi hari akhirat kelak? Allahuakhbar… Wallahualam…





6. Pandangan ikhlas anda mengenai 'bercouple'

Bercouple x salah apabila ia berada di landasan yang betul. Tapi siapa yang betul apabila bercouple? Jawapannya, berkahwin lah…
Bila berkahwin xdpt coz parents x bagi sebab masih muda & belajar, elakkan diri dari berjumpa & berkol… Tapi, kalau x dapat elak, pastikan couple tu orang yang betul la supaya x jadi sesuatu yg x diingini berlaku sebab sayang tu adalah saling menjaga satu & lain… (pandangan ka cadangan ni?...huhu…)




7. Komen tentang blog ni

Blog ni memang saya suka… banyak info2 baru yg saya boleh dapat… Saya pun sukaa benda2 yg ada input ni, x sia2 saya online 


~Setakat ini sahaja~

Thursday, January 13, 2011

Doa Mengucap Selamat Kepada Pengantin Baru

Dalam bahasa Arabnya:

(Baa ra kallahu la ka, wa baa ra ka 'alaika, wa ja ma 'a bai na ku maa fii khair)

Bermaksud:

"Semoga Allah memberkati kamu berdua dan mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan"



P/S: Doakanlah semoga Allah memberkati & memberi kebaikan kepada setiap pasangan muslim yang mendirikan masjid...

Monday, January 3, 2011

Contd... Pokok Pisang

Assalamualaikum wbt...

Entry ni muncul untu menjawab segala pertanyaan blogger2 pada entry sebelum ni... Minta maaf kerana terlupa highlight gambar tu... Dengan gambar ni, saya rasa cukup untuk menjawab persoalan2 yang timbul dari entri lepas...



~Terima kasih~ (^_^)

Monday, December 13, 2010

Pokok Betik & Pokok Pisang

Assalamualaikum wbt...

Pada hari ini, terbuka pula hati saya untuk berkongsi benda pelik yang berlaku di dunia ni.

Gambar2 di bawah ni diambil di kawasan rumah kami...



Yg Gambar di atas ni adalah perkara biasa kan?






Tapi gambar ni adalah pelik ckit kan?






Yang ni dari sudut lain...





Adakah anda suda nampak? Jadi apakah yang perlu kita buat?
Muhasabah la diri...

Sedikit perkongsian, insyaAllah bermanfaat...