Penghujung tahun ini.. fikir-fikirkan lah azam baru yang ingin dicapai untuk melangkah ke tahun baru 2010... Semoga azam 2009 kita tercapai dan jika tidak berusaha lah mencapai azam itu di tahun 2010 nanti...
Bagi umat Islam saya pasti anda sudah mempunyai azam masing-masing kerana kita sudah pun berada dalam tahun baru mengikut kalender Islam...
Pastikan niat kita itu adalah ikhlas kerana Tuhan...
Good Luck..
Pengalaman itu mendewasakan...
Ada sebuah Kisah luka yg tidak pernah dapat ku lupakan dari kotak memoriku pada tahun bersejarah ini, 2009. Walau apa pun yang terjadi, kehidupan mesti diteruskan dan ia sebenarnya keindahan di dalam pengertian sebuah kehidupan. Ada suka, ada duka. ada manis, ada pahit... itulah dia KEHIDUPAN DUNIAWI...yg tidak kekal...
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan