Monday, March 22, 2010

MIMPI INDAH SISWAZAH UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIA) BERTEMU RASULULLAH SAW..

Luangkan masa kalian untuk
membaca.. ambil peringatan dari
Baginda Nabi sempena
keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...
Dengan Nama Allah Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Ya Allah..lancar jari ini menaipkan
sebuah pengalaman yg amat
berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau
adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi
pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih
nama itu, ayah beliau
mengharapkan mudah2an suatu
hari nanti anaknya akan menjadi
salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.
Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau
menghabiskan masa 3 tahun utk
menghafal 30 juzuk Kalamullah
ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri
utk memenuhi harapan ibu ayah
yang mengharapkan ada dalam
kalangan anak mereka menjadi
seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa
seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama
beliau tidak terdaya ke kelas
kerana sakit itu membuatkan dia
tidak dapat berdiri atau berjalan.
Hilang selera makannya hingga
badannya susut hampir 13 kg.
Beliau hanya menggagahkan diri
untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3
kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn
membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada
gangguan yg terus2an menyakiti
diri. Diceritakan makhluk2 halus itu
akan mengganggunya terutama
pada waktu sebelum Subuh, Zuhur
dan Maghrib. Beliau telah banyak
berubat di merata tempat,
berjumpa doktor2 pakar, malah
ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali
bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan.
Pesan ustaznya, setiap kali beliau
sakit, banyakkan baca Surah Al-
Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk
hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau
bangun kira2 jam 4.30 pagi utk
solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri.
Habis berwudhu', beliau jatuh
tersungkur, rasa seperti ada yg
menolak keras dari belakang. Tika
itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung,
dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana .
Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi.
Beliau sedang terbaring dalam
keadaan memakai telekung dgn
tangannya diqiam seperti dalam
solat di suatu tempat asing yang
sangat cantik. Beliau terbaring di
sebelah mimbar dan kelihatan
banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba datang seorang Hamba
Allah dgn wajah yang bercahaya
dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu
sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum,
ana Rasulullah.."
Subhanallah..baginda Nabi rupanya!
Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas
bahu Baginda dan tubuh Baginda.
Kemudian Nabi katakan "Enti fil
masjidi" (kamu sekarang berada di
masjidku, Masjid Nabawi)..
Allahuakbar!
Kemudian Baginda Nabi s.a.w.
berkata: QalAllahuta' ala;
"InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah
bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi
mengalunkan Kalamullah, terasa
bergema suara merdu Nabi di
seluruh alam. Sememangnya
Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh
kesempurnaan. Nabi katakan
(dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya
Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya
Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi;
"Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan;
"Ummati.. ummati..ummati..." dan
beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau
merintih, "Jangan pergi Ya
Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita
tak pernah bersua dgn Nabi yg
mulia, Baginda kenal dan sentiasa
ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda
menangis kerana rindu kepada
ummatnya, atau mungkin saja
baginda sedih dgn ummat akhir
zaman ini? wallahua'lam...
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya
Rasululah..." Beliau kemudian
menceritakan kpd para sahabat
tentang mimpinya sekaligus
menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg
mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg
lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada
Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis
lagi utk kesakitan ini.
Usai solat Zuhur, rasa sakit yg
ditanggung makin hebat. Tak
pernah beliau merasakan sakit yg
sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat
yg Allah telah bagi utk melihat
Baginda Nabi s.a.w.."
Kemudian beliau tidur. Beliau terus
rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang
beliau menerima gangguan. Beliau
katakan "Ya Allah, apa lagi yg
hendak Engkau berikan buat
hambamu yg hina ni, rasa malu
sangat dengan-Mu Ya Allah..."
Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba
hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w.
sampaikan salam buatmu. Kami
utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina
Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.
Para Sahabat mengatakan; "Kami
diutuskan oleh baginda Nabi utk
membantu enti.." Kemudian
keempat2 mereka membacakan
ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:
"Dan mereka mengikuti apa yg
dibaca oleh syaitan-syaitan pada
masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman
itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka
mengajarkan sihir pada manusia
dan apa yg diturunkan pada 2
malaikat di negeri Babylon iaitu
Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka
mempelajari dari keduanya
(malaikat itu) apa yang (dapat)
memisahkan antara seorang
(suami) denagn isterinya. Mereka
tidak akan dapat mencelakakan
seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka
mempelajari sesuatu yang
mencelakakan, dan tidak memberi
manfaat kepada mereka. Dan
sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli
(menggunakan sihir) itu, nescaya
tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah
buruk perbuatan mereka yang
menjual dirinya dgn sihir, sekiranya
mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para
sahabat Nabi menghembus pada
makhluk2 yang sedang
mengganggu beliau dan mereka
semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi
meninggalkannya.
Selesai mimpi indah yg kedua ini,
beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada
di situ bergembira dan menangis.
Kemudian beliau segera ke bilik air
untuk berwudhu'. Dengan tubuh
yang 'baru', beliau sujud syukur
pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya
di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."
Beliau berpesan pada kami; "Adik-
adik, wajarlah para sahabat Nabi
yang mulia sanggup mati demi
mempertahankan Baginda. Akak
yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan
mengenang wajah Nabi yg mulia.
Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu
tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian?
Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."
Keperibadiannya indah. Cerminan
al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari
semua aspek kehidupan,
diperagakannya hanyalah
kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka
bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih
sayangnya tiada bertepi, dari yang
kecil hingga yang tua, dari hamba
hingga ke bangsawan, dari dulu
sampai sekarang, hingga ke
akhirnya.. Dialah peribadi unggul
sepanjang zaman. Mencintainya
suatu kemuliaan...
Pernah suatu ketika Rasulullah
berkumpul didalam satu majlis
bersama para sahabat. Tiba-tiba
bergenang air mata baginda s.a.w.
Para sahabat gelisah melihat
sesuatu yang tidakmereka senangi
di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah
saw, "bukankah kami ini
ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah
sahabatku.. ikhwanku adalah
umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat
rindu bertemu dengan mereka.."
Sesungguhnya Allah dan malaikat-
malaikat-Nya bershalawat untuk
Nabi. Hai orang-orang yang
beriman, bershalawatlah kamu
untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya (al-
Ahzab:56)
p/s: sungguh...berderaian air
mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat
Syamimi hasil pengalaman benar
yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
sesungguhnya,ana sangat
bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan
mendengar zikir..insyaAllah kita
semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..

semoga kisah ini dapat memberi suatu pengertian di dalam hati para sahabat....