Sunday, April 25, 2010

Tanda-Tanda Sebelum Mati

P/S: Tanda-tanda mati ni saya dapat dari sebuah blog. Walaubagaimanapun, boleh d jadikan petunjuk bagi kita untuk sentiasa beringat dan berwaspada.. kerana MATI ITU PASTI DAN HIDUP ITU INSYAALLAH...



Tanda 100 hari sebelum mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan alaman dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi, dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati adalah bijak .
Sebarkan buletin ini....May Allah Bless You.

Tuesday, April 20, 2010

Stress, Loss and Grief

Stress, Loss and Grief were meet at the college dinner.

S: Hi, my name is stress. I feel stress here.
L: Hi, I'm Loss. I've lost my money yesterday, RM50.
G: Me Grief. I'm grieving because of the stress that i have for lost my RM50 tomorrow.

Stress, Loss and Grief are best friends since that day.

Saturday, April 17, 2010

Kematian yang datang tanpa jemputan dari kita

Assalamualaikum wbt buat semua saudara dan saudari yang diredhai Allah...

Berita yang sangat memeranjatkan bagi semua peminat Achik serta yang mengenali penyanyi popular Achik(spin) pada 17hb April 2010 (Ahad) pukul 7.00 malam, al-Fatihah buat arwah...

Kemalangan yang tidak dijangka telah menjemput arwah kembali ke rahmatullah. Ramai yang terkejut dan hampir tidak percaya kerana pada petang sebelum kemalangan, dia ada dalam live di RTM1, tapi tetiba malam tu, keluar berita kat stesen2 TV yang Achik dah meninggal.

First2 nampak post kawan kat FB,memang rasa tak pecaya, siap komen lagi.."betul ka benda tu?", tapi ya la...tak ada permainan dalam kematian... Pastu roomate saya yang minat giler sama Achik tu, siap termimpi2 lagi tu...hem3...

Saya pun terkejut juga sebab walaupun tak tengok siaran dia live kat TV tapi saya n my roomate tengok lagu2 lama dia dengan Telemovie dia kat Youtube pagi tu. Tak sangka jugak...

Jadi, seperti yang kita semua dah tau, memang la kematian tu datang bila-bila masa saja without our permission... Seperti kata housemate saya, " Allah boleh tarik nyawa kita bila-bila masa saja."

Ada segolongan orang-orang yang bertuah juga kerana dapat merasa kematiannya yang bakal menjemput 100 hari sebelum tu. Roomate saya kata,"ada juga yang dapat merasa kematian mereka 100 hari sebelum datang,"... tapi tak tau la siapa orang2 tu dan bagaimana dia di pilih untuk merasa macam tu...

Pengajarannya di sini, ingatlah mati kerana ia dapat motivate us to become a better person in the world sebagai hamba Allah yang sentiasa di rahmati dan di redhai...amin...

Saturday, April 3, 2010

Cerita "Aku"

Di suatu kejauhan aku melihat dia, hatiku terpaut benar dengan ketampanan wajahnya. Hatiku ini memang berpenyakit, mudah terpaut pada fizikal seseorang semata-mata. Sedangkan, fizikal seseorang mudah berubah. Namun aku tetap seorang aku yang memperakukan diriku, wahai aku...aku tahu kau adalah aku, aku sangat menyerupai aku. Aku tidak lena, aku tak kenyang, aku tak aku dan aku adalah aku. Aku tahu, aku juga mampu menjadi aku, aku yang bijak, pandai dan aku yang cemerlang. Cemerlang, gemilang terbilang, maju bangsa maju agama, agama kita tanggungjawab kita. Aku menyayangi aku, tanpa aku, siapalah aku. well, aku tahu semua itu aku, so, aku ni aku lah. Hem...ni pehal aku ni?

Ini semua kerana dia. Kerana dia, aku tak tentu arah. Haha... dia ni bukan la siapa2...dia ni aku juga.. aik..aku? kelirunya. Please la fikir dulu... "fikir dulu sebelum buang" , "lu pikir la sendiri" , "jika kau fikirkan kau boleh, kau hampiri kejayaan..." Then, its all about fikir. Kalau aku fikir dahulu, tidaklah aku begini. Aku begini buat diriku bukan lagi aku.

Andai ini takdirnya....

Aku masih mampu berdiri...berlari pun masih ok...

So, janganlah mempertaruhkan aku kerana aku sentiasa adalah aku dan bukan dia kerna dia juga adalah aku.