Thursday, April 7, 2011

Fadhilat membaca "Ya Allah"

"Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menghafalnya, maka ia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai perkara yang ganjil."


(Maksud hadis Riwayat Bukhari, Muslim & Tirmidzi)




Fadhilat membaca "Ya Allah":

Antaranya ialah

1. Sesiapa yang membaca "Ya Allah" sebanyak 5000 kali setiap malam, selama 1 bulan, dengan hati yang khusyuk dan tawadhuk, insya Allah apa yang dihajatkan akan tercapai.

2. Sesiapa yang membaca "Ya Allah" sebanyak 5000 kali, yakni dibacanya setiap hari, insya Allah datang kepadanya rezeki daripada pelbagai penjuru.

3. Sesiapa yang membaca "Ya Allah" sebanyak 66 kali setiap selesai mengerjakan solat fardhu, yakni selama 66 hari, insya Allah namanya harum dan dia mendapat kebaikan yang banyak. Adalah lebih baik ianya diamalkan terus setiap hari dengan istiqamah.