Sunday, January 30, 2011

Contest "Aku Nak Jawab"

Contest "Aku Nak Jawab"


1. Terangkan secara ringkas cara bacaan bagi tanda titik tiga dalam Al-Quran.
Contoh dari surah Al-Baqarah:



Jawapan: Berhenti pada salah satu titik tiga tersebut…


2. Nyatakan satu sunnah Rasulullah S.A.W yang dilupakan ramai. Jawapan terdapat dalam satu post lama aku dan sertakan link post tersebut sebagai bukti.

Jawapan: Basuh hidung tiga kali selepas bangun tidur. Ini kerana, syaitan tidur di situ waktu kita tidur.


3. Senaraikan nama Khulafa Ar-Rasyidin beserta nama gelaran masing2 dan sebab gelaran tersebut diberi

Jawapan:

i) Khalifah Abu Bakar al-Siddiq : digelar As-Siddiq’ (yang benar) kerana mengakui kebenaran Rasulullah S.A.W dalam peristiwa Israk Mikraj.
ii) Khalifah Umar bin al-Khattab: digelar Al-Faruk’ iaitu pemisah antara hak dan batil.
iii) Khalifah Uthman bin Affan : digelar Zun Nurain (yang mempunyai dua cahaya) kerana telah memperisterikan dua puteri baginda rasulullah saw.
iv) Khalifah Ali bin Abu Talib : digelar Karamallahuwajhah (Allah memuliakan wajahnya) kerana xpernah sembah berhala sejak kecil.


4. Berikan maksud nama aku dan maksud bagi 6 Asma Ul-Husna di bawah

Jawapan:
- Nama Tuan blog: Mahfuzah (Terpelihara)
Husna (Baik)
-AL-QADIRU Maha Kuasa
-AL-KARIM Maha Mulia
-AL-MUQTADIRU Maha Menentukan
-AL-BASIT Maha Pelapang Hidup
-AL-QAWIYYU Maha Memiliki Kekuatan
-AL-HADI Maha Memberi Petunjuk


5. Pengalaman anda melihat kebesaran Allah yang tak dapat dilupakan.
(Boleh sertakan sebarang gambar berkaitan kalau ada)

Jawapan: Tsunami…(tapi tengok d media masa ja la…)
Tsunami memang la kebesaran Allah… Ombak yang sangat dahsyat…
Kini, kita harus bermuhasabah diri, apakah kita mampu membayangkan bagaimanakah dahsyat lagi hari akhirat kelak? Allahuakhbar… Wallahualam…





6. Pandangan ikhlas anda mengenai 'bercouple'

Bercouple x salah apabila ia berada di landasan yang betul. Tapi siapa yang betul apabila bercouple? Jawapannya, berkahwin lah…
Bila berkahwin xdpt coz parents x bagi sebab masih muda & belajar, elakkan diri dari berjumpa & berkol… Tapi, kalau x dapat elak, pastikan couple tu orang yang betul la supaya x jadi sesuatu yg x diingini berlaku sebab sayang tu adalah saling menjaga satu & lain… (pandangan ka cadangan ni?...huhu…)




7. Komen tentang blog ni

Blog ni memang saya suka… banyak info2 baru yg saya boleh dapat… Saya pun sukaa benda2 yg ada input ni, x sia2 saya online 


~Setakat ini sahaja~

No comments: