Terasa tersisih sendiri di pinggir sana Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku Harapanmu padaku tidak kuendahkan
( korus ) Nasihatmu madu penyembuh luka Pabila bersamamu hilang dukaku Lewat kusedari nilai cintamu Pabila kau tiada lagi disisiku Belaianmu kini masih terasa Restu darimu membawa ku ke syurga
Lewat kusedari nilai cintamu Pabila kau tiada lagi di sisiku
Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali Namun hanya doa yang bisa kukirimkan
( ulang korus )
Lewat kusedari nilai cintamu Pabila kau tiada lagi di sisiku
( ulang korus )
Ku kan cuba tempuh hidup sendiri Kerna kita kan akhirnya sendiri..
Akhiran ini...aku berasa sangat merindui... ya..merindui.. kadang-kadang, aku lemas bermandikan kesedihan yang membawaku balik ke kampung halaman..aku cuma memejam mataku rapat memohon simpati dariMu agar terus membantuku mengawal perasaan hiba di hati.. Kesedihan yang terpancar langsung tidak meninggalkan tanda pada wajahku..
Aku bertambah sayu pabila hari yang di tunggu2 sahabatku sudah tiba.. mereka baru selamat berlepas dan sampai ke destinasi yg di tuju dengan selamat..syukur alhamdulillah.. terbit perasaanku untuk kembali ke sana lebih menggunung malah mampu menandingi gunung Kinabalu.. aku sungguh berasa kerugian kerana masaku banyak terbuang dalam menunggu penantian ini untuk berakhir..
Hatiku sungguh sayu mendengar lagu nasyid yang ku putarkan berulang kali...
lafaz yang tersimpan
Luluh hatiku yang sayu Menatap wajahmu tenang dalam lena Kasih zahirkan laku Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku Meredakan rindu mendamaikan kalbu Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu Biarpun kuredah seluruh dunia Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara Meluahkan rasa menuturkan sayang Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan Bait penghargaan penuh kejujuran Tak mungkin terlihat cinta yang merona Jika hanya renungan mata yang bersuara Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan Andai akhir nafas di hujung helaan Sebelum mata rapat terpejam Usah biar kehilangan Menggantikan lafaz yang tersimpan
lagu ni sungguh menikam batang hidungku sendiri.. so, pengajarannya...
Balik kampung nanti, ucapkanlah kasihmu kepada mereka maka tidaklah akan ada satu pun kerugian yang akan didapati oleh dirimu.
Jangan menunggu saat di mana kamu tidak sempat melafazkan kasih yang tersimpan itu..
Amin...berilah aku kekuatan untuk menanti tibanya waktu untuk aku pulang ke tanah air..
Lahirnya seorang insan ke dunia yg penuh dugaan hidup.. bunyi tangisan.. membuka corong-corong telinga berdekatan... disambut dengan laungan azan, dibelai serta dikucup penuh syahdu..
Oh insan.. Seawal dikau hadir ke alam dunia, wajahmu suci, bersih dari segala noda dunia.. Namun ianya tidak berkekalan, hari-hari mendatang, bulan bersilih ganti, tahun bertukar angkanya..
Dikau kini membesar wahai insan, usiamu meningkat seiring dengan waktu... Dikau kini sudah dapat melihat dunia.. dari kanak-kanak, remaja dan seterusnya meningkat usia dewasa..
Andai dikau tahu wahai insan, janganlah dikau sia-siakan kehidupanmu.. jangan kau lepaskan dunia kanak-kanak mu tanpa sempat tercalit sedikit pun kemanisan untuk usia depanmu..jangan dikau biarkan dirimu menyesali usia mudamu kelak. Ujian2 yang bertandang ke atas kamu, maka hendaklah kamu menyelesaikan sebaik mungkin disamping memohon pertolongan kepadaNya.
Wahai insan... Juahilah dirimu dari perkataan "kalaulah" kerana ia bermaksud kita menyesali sesuatu perkara akibat tidak mempunyai kesungguhan. Maka wahai insan, berusahalah kamu supaya kamu tidak akan sesekali pun menyebut perkataan 'kalau' akibat dari penyesalan.
Setiap kanak-kanak bercita-cita untuk mencapai dewasa secepat yg mungkin.. jgn dikau tidak tahu wahai kanak-kanak kecil.. ramai orang dewasa bercita-cita besar ingin memutarkan masa mereka untuk kembali ke zaman kanak-kanak... Hargailah waktu zaman kecilmu...
Kerana insan... Jangan dikau lupa pada suatu saat penghujung bagi setiap insan iaitu....KEMATIAN...
Ketika itulah mereka menyesal dan memohon kepada Allah SWT agar mereka diberikan kesempatan untuk dihidupkan kembali dan memperbaiki diri. Mereka berkata; “Lau anna karratan faa kunna minal muhsinin. = Sekiranya aku mempunyai kesempatan lagi, tentulah aku masuk golongan yang berbuat baik.” Tetapi, Allah SWT dengan tegas mengatakan; “Bala, qad ja’aatka aayaatiy fakazzabta biha wastakbar ta wa kunta minal kaafirin = Tidak, sungguh telah datang ayat-ayat-Ku kepadamu, kamu mendustakannya, kamu menyombongkan diri, dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir.” Dalam ayat lain dijelaskan, setelah adzab di depan mata barulah mereka menyesal dan berkata; “Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan.” (QS. Yaasin: 22)