Friday, November 13, 2009

Titik-titik kehidupan

Lahirnya seorang insan ke dunia yg penuh dugaan hidup.. bunyi tangisan.. membuka corong-corong telinga berdekatan... disambut dengan laungan azan, dibelai serta dikucup penuh syahdu..

Oh insan..
Seawal dikau hadir ke alam dunia, wajahmu suci, bersih dari segala noda dunia..
Namun ianya tidak berkekalan, hari-hari mendatang, bulan bersilih ganti, tahun bertukar angkanya..

Dikau kini membesar wahai insan, usiamu meningkat seiring dengan waktu... Dikau kini sudah dapat melihat dunia.. dari kanak-kanak, remaja dan seterusnya meningkat usia dewasa..

Andai dikau tahu wahai insan,
janganlah dikau sia-siakan kehidupanmu.. jangan kau lepaskan dunia kanak-kanak mu tanpa sempat tercalit sedikit pun kemanisan untuk usia depanmu..jangan dikau biarkan dirimu menyesali usia mudamu kelak. Ujian2 yang bertandang ke atas kamu, maka hendaklah kamu menyelesaikan sebaik mungkin disamping memohon pertolongan kepadaNya.

Wahai insan...
Juahilah dirimu dari perkataan "kalaulah" kerana ia bermaksud kita menyesali sesuatu perkara akibat tidak mempunyai kesungguhan. Maka wahai insan, berusahalah kamu supaya kamu tidak akan sesekali pun menyebut perkataan 'kalau' akibat dari penyesalan.

Setiap kanak-kanak bercita-cita untuk mencapai dewasa secepat yg mungkin.. jgn dikau tidak tahu wahai kanak-kanak kecil.. ramai orang dewasa bercita-cita besar ingin memutarkan masa mereka untuk kembali ke zaman kanak-kanak... Hargailah waktu zaman kecilmu...

Belajarlah menghargai waktu..menghargai dunia..menghargai agama..menghargai keluarga..
menghargai sahabat..menghargai saudara..menghargai nyawa...

Kerana insan...
Jangan dikau lupa pada suatu saat penghujung bagi setiap insan iaitu....KEMATIAN...

Ketika itulah mereka menyesal dan memohon kepada Allah SWT agar mereka diberikan kesempatan untuk dihidupkan kembali dan memperbaiki diri. Mereka berkata; “Lau anna karratan faa kunna minal muhsinin. = Sekiranya aku mempunyai kesempatan lagi, tentulah aku masuk golongan yang berbuat baik.
Tetapi, Allah SWT dengan tegas mengatakan; “Bala, qad ja’aatka aayaatiy fakazzabta biha wastakbar ta wa kunta minal kaafirin = Tidak, sungguh telah datang ayat-ayat-Ku kepadamu, kamu mendustakannya, kamu menyombongkan diri, dan adalah kamu termasuk orang-orang yang kafir.
Dalam ayat lain dijelaskan, setelah adzab di depan mata barulah mereka menyesal dan berkata; “Mengapa aku tidak menyembah (Tuhan) yang telah menciptakanku dan hanya kepada-Nya-lah kamu (semua) akan dikembalikan.” (QS. Yaasin: 22)


No comments: